Hadis Sahih Muslim No. 0442 Jilid 1 Topik adalah Solat 442. Dari Ma'dan bin.Abi Thalhah al Ya'muri r.a., katanya: "Aku bertemu dengan Tsauban, maula Rasulullah saw., lalu aku bertanya kepadanya: "Ajarkanlah kepada ku suatu amal yang apabila ku amalkan, aku masuk syurga kerananya." Dia tidak menyahut, sehingga permintaanku itu ku ulang sampai tiga kali. Akhirnya dia menjawab, "Aku pernah pula menanyakan kepada Rasulullah saw. seperti pertanyaan kamu itu. Maka jawab beliau, "Perbanyakan lah sujud kepada Allah, kerana sesungguhnya apabila engkau sujud satu kali, Allah mengangkatmu satu darjat dan menghapus satu dosa daripadamu." Kata Ma'dan, "Kemudian aku bertemu dengan Abu Darda', lalu ku tanyakan pula kepadanya. Maka jawabnya sama dengan jawapan Tsauban kepada ku." |