Hadis Sahih Bukhari No. 0440 Jilid 1 Topik adalah Solat 440, Dari Rifa'ah bin Rati' Az Zuraqi r.a., katanya: Pada suatu hari kami solat di belakang Nabi saw. Tatkala beliau mengangkat kepala dan rukuk, "beliau membaca: Sami'allahu liman hamidah. Seorang laki-laki yang solat di belakang beliau lalu membaca: "Rabbana wa lakal hamdu hamdan katsiran thaiyiban mubarakan fihi. (Wahai, Tuhan kami! Untukmulah segala puji-pujian, pujian yang banyak, baik, lagi penuh berkat di dalamnya)." Setelah selesai solat, Nabi saw. bertanya: Siapa yang membaca bacaan itu tadi?" Jawab orang itu: "Aku!" Sabda Nabi saw., "Aku melihat, lebih dari tiga puluh malaikat berlumba-lumba supaya lebih dahulu menuliskan bacaanmu itu tadi." |