Hadis Sahih Muslim No. 0423 Jilid 1 Topik adalah Solat 423. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila salah seorang kamu mengimami solat orang ramai, hendaklah dia memendekkan (bacaan) solatnya, kerana di antara para makmum terdapat orang-orang tua dan orang yang lemah. Apabila dia solat sendiri, panjangkanlah (bacaan) solatnya berapa dia sukai." |