Hadis Sahih Muslim No. 0421 Jilid 1 Topik adalah Solat 421. Dari Abu Mas'ud Al Anshari r.a., katanya: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw. lalu dia berkata, "Aku sengaja lambat datang solat Subuh, kerana si Fulan suka memanjangkan solat ketika mengimami kami." Belum pernah ku lihat Nabi saw. marah ketika memberikan pengajian seperti beliau marah ketika itu," ujar Abu Mas'ud. Lalu beliau bersabda, "Hai, manusia! Di antara kamu sekalian ada yang bertindak menjadi imam menyebabkan orang benci kepada agama ini. Kerana itu, siapa saja di antara kamu yang menjadi imam, hendaklah dia memendekkan bacaan solat, kerana di belakangnya ada orang tua, ada orang yang lemah, dan ada pula yang sedang mempunyai keperluan." |