Hadis Sahih Muslim No. 0420 Jilid 1 Topik adalah Solat 420. Dari Jabir r.a., katanya: "Pada suatu waktu Mu'adz bin Jabal Al Anshari mengimami para sahabatnya solat Isyak. Ketika itu dia membaca surah yang panjang sehingga melamakan mereka solat. Kerana itu seorang lelaki yang ikut berjemaah memutuskan solatnya lalu dia solat sendiri. Hal itu disampaikan orang kepada Mu'adz, lalu Mu'adz berkata, "Dia munafik!" Tatkala orang itu mendengar ucapan Mu'adz yang demikian disampaikan orang kepadanya, dia pun melapor kepada Rasulullah saw. Rasulullah saw. bersabda kepada Mu'adz, "Hai, Mu'adz! Apakah engkau ingin menjadi tukang fitnah? Apabila engkau mengimami solat orang banyak, bacalah "Wasy Syamsi wadh dhuhaha." (Surat Asy Syams), atau "Sabbihisma rabbikal a'la" (Surat Al A'laa), atau "Iqra' bismi rabbika" (Surat At 'Alaq), atau "Wal laili idza yaghsya" (Surat Al Lail)." |