Hadis Sahih Bukhari No. 0416 Jilid 1 Topik adalah Solat 416, Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Nabi saw. solat bersama-sama dengan kami. Kemudian beliau naik ke mimbar dan menunjuk dengan tangannya ke arah kiblat masjid. Kemudian beliau bersabda: "Sekarang saya sungguh-sungguh telah melihat syurga dan neraka. Iaitu semenjak aku solat tadi bersama-sama dengan kamu sekalian. Kedua-duanya bagaikan tergambar dalam penglihatanku di dinding sebelah kiblat itu. Belum pernah aku menyaksikan kebahagiaan dan kesengsaraan seperti yang ku saksikan hari ini." Ucapan beliau itu diucapkannya sampai tiga kali. |