Hadis Sahih Muslim No. 0409 Jilid 1 Topik adalah Solat 409. Dari Qaz'ah r.a., katanya: "Aku datang kepada Abu Sa'id Al Khudri, dan ketika itu dia sedang, dikerumuni orang ramai. Setelah orang ramai itu bersurai, aku berkata kepadanya, "Aku tidak akan menanyakan soal-soal yang telah ditanyakan mereka kepada anda. Aku bertanya tentang solat Rasulullah saw." Kata Abu Sa'id, "Apakah hal itu akan ada baiknya untukmu?" Qaz'ah mengulangi pertanyaannya. Lalu dijawab oleh Abu Sa'id, "Beliau berdiri melakukan solat Zohor selama perjalanan seseorang sampai ke Baqi', lalu sampai di sana diselesaikannya urusannya, sesudah itu dia pulang ke rumahnya lalu berwuduk. Setelah itu dia kembali ke masjid, didapatinya Rasulullah saw. masih berdiri pada rakaat pertama." |