Hadis Sahih Bukhari No. 0409 Jilid 1 Topik adalah Solat 409, Anas bin Malik Al Anshari r.a. menceritakan, bahawa pada suatu ketika Rasulullah saw. naik kuda. (kerana jatuh), maka rusuk beliau yang sebelah kanan luka. Semenjak itu beliau solat sambil duduk untuk beberapa kali solat. Kami solat pula di belakang beliau (makmum) sambil duduk. Sesudah memberi salam, beliau bersabda, "Sesungguhnya imam itu ditetapkan untuk diikut. Maka apabila dia solat berdiri maka solat pulalah dengan berdiri. Apabila dia rukuk, rukuk pulalah kamu. Apabila dia bangkit, bangkit pula, apabila dia sujud, sujud pula, dan apabila dia mengucapkan Sami'allahu liman hamidah maka ucapkanlah Rabbana lakal hamd. " |