Hadis Sahih Muslim No. 0408 Jilid 1 Topik adalah Solat 408. Dari Jabir bin Samurah r.a., katanya: "Penduduk Kufah mengadukan Sa'ad kepada Umar bin Khaththab tentang cara Sa'ad solat. Lalu 'Umar memanggil Sa'ad. dan Sa'ad pun datang menghadap memenuhi panggilan itu. 'Umar menyampaikan kepada Sa'ad perihal pengaduan orang-orang Kufah itu. Jawab Sa'ad, "Sesungguhnya aku solat mengimami mereka sama dengan solat Rasulullah saw. dan tidak kurang sedikit jua pun. Ku panjangkan bacaan pada dua rakaat pertama, dan ku pendekkan pada dua rakaat yang akhir." Jawab 'Umar, "Apakah itu bukan dugaanmu belaka, hai Abu Ishaq." |