Hadis Sahih Bukhari No. 0408 Jilid 1 Topik adalah Solat 408, Zaid bin Tsabit memberitakan bahawa Rasulullah saw. membuat sebuah bilik di bulan Ramadhan, dan beliau solat di situ beberapa malam. Lalu beberapa orang sahabat solat pula seperti solat Nabi. Setelah Nabi mengetahui akan hal itu maka beliau solat sambil duduk. Kemudian Nabi saw. datang kepada mereka dan bersabda: "Sesungguhnya aku tahu apa yang telah anda semua lakukan. solatlah anda semua di rumah masing-masing, kerana solat yang paling utama ialah solat seseorang di rumahnya, kecuali solat fardu." |