Hadis Sahih Muslim No. 0407 Jilid 1 Topik adalah Solat 407. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Biasanya Nabi saw. membaca ayat pada solat Zohor kira-kira tiga puluh ayat pada tiap-tiap dua rakaat pertama, sedangkan pada dua rakaat yang akhir kira-kira lima belas ayat atau seperdua yang pertama. Dalam tiap-tiap dua rakaat pertama solat Asar beliau membaca kira-kira lima belas ayat, sedang pada dua rakaat yang akhir kira-kira seperdua itu." |