Hadis Sahih Bukhari No. 0407 Jilid 1 Topik adalah Solat 407, Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. solat malam di biliknya, padahal dinding bilik itu pendek, sehingga orang banyak dapat melihat Nabi saw. kerana itu mereka solat pula seperti Nabi. Setelah hari pagi, mereka mempercakapkan hal itu. Malam kedua Nabi solat pula. Orang banyak pun solat pula seperti beliau. Mereka lakukan hal seperti itu dua atau tiga malam, dan sesudah itu beliau solat sambil duduk dan tidak keluar. Ketika hari telah subuh, orang banyak menanyakan hal itu kepada beliau. Jawab beliau, " Aku takut, kalau kalau kamu mengira solat malam itu wajib." |