Hadis Sahih Muslim No. 0406 Jilid 1 Topik adalah Solat 406. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Kami pernah mengira-ngirakan berapa lama Rasulullah saw. berdiri ketika solat Zohor dan Asar. Perkiraan kami ialah: pada dua rakaat pertama Zohor beliau berdiri selama membaca surah "Alif Lam Mim Tanzil", sedang pada dua rakaat yang akhir, kira-kira seperdua itu. Kemudian kami kira-kirakan pula lama beliau berdiri pada dua rakaat pertama solat Asar ialah kira-kira selama berdirinya pada dua rakaat yang akhir solat Zohor, sedang pada dua rakaat yang akhir kira-kira seperdua itu." |