Hadis Sahih Muslim No. 0403 Jilid 1 Topik adalah Solat 403. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Rasulullah saw. tidak pernah membacakan Quran kepada Jin, dan beliau tidak pernah pula melihatnya. Pada suatu ketika Rasulullah saw. pergi dengan beberapa orang sahabat ke pasar 'Ukazh. Ketika itu syaitan-syaitan, tidak dapat lagi mendengar berita dari langit, kerana mereka dilontari dengan nyala api (meteor) sehingga mereka terpaksa kembali kepada kaumnya. Kaumnya bertanya, "Mengapa kalian kembali, apa yang terjadi?" Jawab mereka, "Berita dari langit tertutup untuk kita. Kami dilontari dengan nyala-nyala api." Kata kaumnya, "Tentu ada peristiwa yang menyebabkannya. Kerana itu pergilah ke Timur dan ke Barat, carilah sebab-sebab kenapa berita langit tertutup untuk kita ketahui." Lalu mereka bertaburan ke seluruh pelusuk bumi, ke Timur dan ke Barat, mencari sebab-sebab tertutupnya berita langit itu. Ketika rombongan yang menuju ke Tihamah sampai di Nakhlah, hendak terus ke Pasar 'Ukazh, tiba-tiba mereka melihat Rasulullah saw. sedang solat Subuh berjemaah dengan para sahabat beliau. Tatkala mereka mendengar ayat-ayat Qur'an dibaca Nabi saw. dalam solat, mereka dengarkan baik-baik, sehingga mereka berkesimpulan, inilah kiranya yang telah menutup kita untuk mengetahui berita-berita dari langit. Kerana itu mereka pulang kepada kaumnya. Lalu mereka melapar, "Hai, kaum kami! Kami telah mendengar ayat-ayat Qur'an yang sangat mengagumkan, yang membimbing kami ke jalan yang lurus. Kerana itu kami iman dengannya, dan kami tidak akan mempersekutukan Tuhan kami dengan yang lain-lain." lalu diturunkan Allah' Azza wa Jalla kepada Nabi-Nya, Muhammad saw. ayat: "Qul uhiya ilayya annahustama'a nafarun minal jinni" (Al Jinn : 1) (Katakanlah hai Muhammad! Telah diwahyukan kepada ku, bahwa sekelompok jin telah mendengar ayat-ayat Qur'an ) |