Hadis Sahih Muslim No. 0402 Jilid 1 Topik adalah Solat 402. Ibnu 'Abbas r.a. berkata tentang firman Allah' Azza wa Jalla, "La tuharrik bihi lisanaka" (Janganlah kamu gerakkan lidahmu) (Al Qiyamah :16), katanya: Bila Jibril datang menyampaikan wahyu kepada Nabi saw., biasanya beliau menggerakkan lidah dan bibirnya, sehingga beliau mendapat kesulitan kerananya. Hal itu jelas kelihatan dari wajah dan keadaan beliau. Kerana itu Allah Ta'ala berfirman. "La tuharrik bihi lasanaka lita'jal bihi Inna 'alaina jam'ahu wa qu'anahu. ' (Al Qiyamah 16 - 17). (Janganlah kamu gerakkan lidahmu kerana hendak cepat-cepat membacanya. Sesungguhnya Kamilah yang akan mengumpulkannya (di dadamu) dan mengajarmu pandai membacanya. (Kerana itu semaklah baik-baik!) Apabila Kami telah selesai membacakannya, maka ikutilah bacaan itu. Kemudian kewajipan Kamilah menjelaskannya (menjelaskan maksud ayat itu melalui lidahmu). Semenjak itu, kalau Jibril datang kepada Nabi saw., beliau menundukkan kepala sambil berdiam diri. Setelah Jibril pergi, barulah beliau baca kembali dengan lancar bacaan yang disampaikan Jibril itu sesuai dengan janji Allah Ta'ala kepadanya. |