Hadis Sahih Muslim No. 0401 Jilid 1 Topik adalah Solat 401. Ibnu 'Abbas r.a. berkata tentang turunnya ayat: "Wa la tajhar bisolatika wa la tukhafit biha " (Isra : 110) ( dan janganlah kamu mengeraskan suara di dalam solat, dan jangan pula merendahkannya) katanya ayat itu turun ketika Rasulullah saw. berada di Mekah. Biasanya beliau membaca ayat Quran dalam solat berjemaah dengan para sahabat, ialah dengan mengeraskan suara. Kerana itu bila terdengar oleh kaum musyrikin, mereka mencemuh Al Quran, mencemuh Allah yang menurunkannya, dan mencemuh Rasulullah yang membawanya. Maka berfirman Allah Ta'ala kepada Nabi-Nya, "Wa La tajhar hi solatika " Janganlah kamu mengeraskan suara ketika membaca ayat dalam solat, sehingga terdengar oleh orang-orang musyrik itu, dan jangan pula terlalu direndahkan ketika membacanya di hadapan para sahabatmu sehingga tidak kedengaran oleh mereka, tetapi perdengarkanlah kepada mereka dengan suara sedang, sekadar terdengar oleh para sahabatmu itu. |