Hadis Sahih Muslim No. 0395 Jilid 1 Topik adalah Solat 395. Dari Abdullah bin 'Umar r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Janganlah kamu halangi isteri mu pergi ke masjid, apabila ia minta izin kepada mu!" Kata Abdullah, "Mendengar hadis itu lalu Bilal bin Abdullah menjawab: Demi Allah! Akan kami larang mereka!" Kerana itu Abdullah marah kepadanya, dan mengatakan dengan kata-kata yang belum pernah didengar selama ini. Akhirnya dia berkata, "Ku sampaikan kepada mu hadis Rasulullah, tetapi kamu bahkan bersumpah akan melarang mereka." |