Hadis Sahih Bukhari No. 0395 Jilid 1 Topik adalah Solat 395, Diceritakan oleh Abu Mas'ud, r.a., bahawa seorang laki-laki mengadu kepada Nabi saw., katanya: "Demi Allah! Ya Rasulullah! Aku luput solat Subuh (berjemaah) hanya disebabkan kerana si Anu (yang menjadi imam) terlalu memanjang-manjangkan (bacaan) solat dengan kami. " Belum pernah aku melihat Rasulullah saw. ketika beliau memberikan nasihat yang lebih marah daripada hari itu. Kemudian Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya di antara kamu telah menyebabkan orang menjauhkan diri (dari agama ini). Maka siapa saja solat menjadi imam bagi orang banyak, hendaklah dia meringkaskan solatnya, kerana di antara makmum itu ada orang yang lemah, ada orang tua, dan ada pula orang yang sedang mempunyai urusan.! |