Hadis Sahih Muslim No. 0389 Jilid 1 Topik adalah Solat 389. Dari Nu'man bin Basyir r.a., katanya: "Rasulullah saw. pernah meluruskan saf kami, sehingga beliau kelihatan seolah-olah sedang meluruskan anak panah sampai lurus benar. Pada suatu hari ketika beliau hendak solat dan hampir takbir, tiba-tiba terlihat oleh beliau seorang lelaki menonjolkan dadanya dari saf. Maka bersabda beliau, "Wahai hamba Allah! Luruskanlah saf anda! Kalau tidak, nescaya Allah akan mencerai-beraikan hati anda." |