Hadis Sahih Muslim No. 0385 Jilid 1 Topik adalah Solat 385. Dari Abu Mas'ud r.a., katanya: "Rasulullah saw. menyentuh bahu kami sebelum solat sambil berkata: "Luruskan barisanmu, jangan bengkok-bengkok. Kerana barisan yang bengkok, nescaya akan menyebabkan hatimu berpecah-belah. Orang dewasa yang cerdik dan pandai hendaklah berdiri dekat di belakangku, kemudian yang pandai dan seterusnya." |