Hadis Sahih Bukhari No. 0385 Jilid 1 Topik adalah Solat 385. Berita dari 'Aisyah, Ummul Mukminin r.a. menceritakan, bahawa ketika Rasulullah saw. sakit keras, beliau bersabda: "Suruhlah Abu Bakar menjadi imam solat dengan orang banyak." Saya berkata kepada beliau, "Jika Abu Bakar yang menggantikan Tuan jadi imam, orang banyak tidak akan mendengar suaranya kerana ia penangis. kerana itu suruhlah Umar yang menjadi imam solat orang banyak." Aisyah menambahkan, "Perkataanku itu ku sampaikan pula kepada Hafsah. Bahawa apabila Abu Bakar yang menggantikan Nabi menjadi imam solat, suaranya tidak akan terdengar oleh orang banyak kerana dia penangis. kerana itu suruhlah Umar yang menjadi imam solat bagi orang banyak. Hafsah melakukan apa yang kukatakan kepadanya itu. Maka jawab Rasullullah saw., "Tidak! . Kamu adalah teman-temannya Yusuf. Suruhlah Abu Bakar yang menjadi imam solat orang banyak." Maka berkata Hafsah kepada 'Aisyah, "Aku tidak lebih beruntung daripada kamu. " |