Hadis Sahih Bukhari No. 0384 Jilid 1 Topik adalah Solat 384. Berita dari Abu Qalabah menceritakan, bahawa Malik bin Huairits r.a. datang kepadanya di masjid, lalu berkata: "Saya akan solat di hadapanmu. Sesungguhnya aku tidak bermaksud hendak solat, tetapi aku sengaja hendak memperlihatkan bagaimana caranya Nabi saw. solat." Saya bertanya kepada Abu Qalabah, "Bagaimana caranya solat?" Jawabnya, "Seperti guru kita ini! Nah, lihatlah! Guru kita itu duduk sebentar sesudah mengangkat kepalanya dari sujud, sebelum terus berdiri daripada rakaat pertama (ke rakaat kedua)." |