Hadis Sahih Muslim No. 0378 Jilid 1 Topik adalah Solat 378. Dari Anas .r.a., katanya: "Pada suatu hari Rasulullah saw. solat mengimami kami. Setelah selesai solat beliau menghadapkan mukanya kepada kami lalu bersabda: "Wahai manusia! Aku ini imam anda semua. Kerana itu janganlah mendahului ku ketika rukuk, ketika sujud, ketika berdiri dan ketika menyudahi solat. Sesungguhnya aku melihat anda ketika di hadapanku dan di belakangku. Demi Allah yang diri Muhammad berada di tanganNya, kalaulah anda melihat apa yang kulihat, anda akan sedikit tertawa, tetapi akan banyak menangis." Tanya mereka," Apakah yang anda lihat, wahai Rasulullah?" Jawab Rasulullah, "Aku melihat syurga dan neraka." |