Hadis Sahih Bukhari No. 0377 Jilid 1 Topik adalah Solat 377, Berita dari Humaid r.a. menceritakan, bahawa Anas pernah ditanya orang, "Adakah Rasulullah saw. memakai cincin?" Jawab Anas, "Ada!" Pada suatu malam Rasulullah saw. menangguh solat Isyak hingga sampai tengah malam. Sesudah solat, Rasulullah menghadapkan muka beliau kepada kami sambil bersabda: "Orang-orang telah solat bahkan mereka telah tidur. Tetapi kamu semua dianggap seperti berada dalam solat, selama kamu menanti-nanti solat itu. Kemudian Anas menambahkan, "Seolah-olah tampak olehku kilat cincin Nabi ketika itu." |