Hadis Sahih Muslim No. 0376 Jilid 1 Topik adalah Solat 376. Dari Abu Hurairah r.a., katanya : Pada suatu hari Rasulullah saw. solat mengimami kami. Setelah selesai solat beliau menghadap kepada jemaah lalu bersabda: "Hai Fulan: Mengapakah anda tidak membaguskan solat anda? Tidakkah anda lihat orang lain bagaimana dia solat? Sesunguhnya dia solat untuk dirinya. Demi Allah! Sesungguhnya aku dapat melihat ke belakang seperti aku melihat ke muka." |