Hadis Sahih Muslim No. 0373 Jilid 1 Topik adalah Solat 373. Dari Ibnu Syihab La., katanya: "Anas bin Malik mengatakan kepada ku, bahawa Abu Bakar mengimami solat berjemaah pada hari-hari Rasulullah sakit akan meninggal. Pada hari Isnin, ketika jemaah sedang solat bersaf-saf, Rasulullah saw. menyingkapkan tabir kamarnya, sehingga beliau kelihatan oleh kami berdiri dengan muka pucat seperti kertas. Lalu beliau tersenyum dan tertawa." Kata Anas selanjutnya, "Tiba-tiba beliau mendatangi kami, dan kami yang sedang solat merasa gembira dengan kedatangan beliau itu. Abu Bakar yang menjadi imam ketika itu mundur sampai ke saf; kerana dia menyangka Rasulullah keluar hendak solat. Tetapi beliau memberi isyarat dengan tangannya, supaya mereka meneruskan solat mereka hingga selesai. Kemudian beliau masuk kembali ke kamar dan menurunkan tirainya." |