Hadis Sahih Muslim No. 0371 Jilid 1 Topik adalah Solat 371. Dari 'Ubaidillah bin 'Abdullah bin 'Utbah bin Mas'ud r.a., katanya 'Aisyah isteri Nabi saw. berkata: "Ketika sakit Rasulullah saw. bertambah berat, beliau minta izin kepada para isteri beliau, kiranya beliau boleh dirawat di rumahku. Maka beliau diizinkan oleh mereka. Lalu beliau dipapah oleh dua orang lelaki sehingga kaki beliau terjulai membuat garis di tanah. Salah seorang di antara kedua lelaki itu ialah Abbas. Kata 'Ubaidillah, "Cerita 'Aisyah itu ku sampaikan kepada 'Abdullah." Lalu tanya 'Abdullah bin 'Abbas, "Tahukah kamu siapa lelaki yang satu lagi, yang tidak disebutkan 'Aisyah?" Jawab ku, "Tidak!" Kata Ibnu 'Abbas, "Orang itu ialah 'Ali." |