Hadis Sahih Muslim No. 0367 Jilid 1 Topik adalah Solat 367. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya imam itu untuk diikut. Kerana itu janganlah kamu menyalahinya. Apabila dia takbir, takbirlah kamu. Apabila dia rukuk, rukuklah kamu. Apabila dia membaca 'Sami'allahu liman hamidah' bacalah 'Rabbana lakal hamdu'. Apabila dia sujud, sujudlah kamu. Dan apabila dia solat sambil duduk, maka solat pulalah kamu sambil duduk." |