Hadis Sahih Muslim No. 0366 Jilid 1 Topik adalah Solat 366. Dari Jabir r.a., katanya: "Rasulullah saw. sakit. Kerana itu beliau solat sambil duduk, dan kami solat di belakang beliau sambil berdiri, sedangkan Abu Bakar mengeraskan suaranya takbir menyambung suara Nabi, supaya kedengaran oleh orang ramai. Tiba-tiba beliau menoleh kepada kami, maka dilihatnya kami berdiri. Lalu beliau memberi isyarat supaya kami duduk, maka duduklah kami semuanya. Setelah solat, beliau bersabda: "Hampir saja anda sekalian berbuat seperti orang Parsi dan Rum. Mereka berdiri apabila menghadap raja-raja mereka, sedangkan raja-raja itu duduk. Maka janganlah sekali-kali anda berbuat seperti itu. Ikutilah imam anda! Jika imam itu solat berdiri, maka solat pulalah kamu sambil berdiri. Jika dia solat sambil duduk, maka duduk pulalah kamu." |