Hadis Sahih Bukhari No. 0366 Jilid 1 Topik adalah Solat 366, Berita dari Abu Hurairah r.a., mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Demi Allah, yang diri ku di tangan-Nya, aku ingin menyuruh seseorang mengumpulkan kayu api, kemudian menyuruh azan untuk solat, kemudian menyuruh seseorang mengimami orang banyak. Kemudian aku berbalik kepada orang-orang yang tidak solat berjemaah, lalu ku bakar rumah mereka. Demi Allah yang diri ku di tangan-Nya, kalaulah mereka tahu bahawa mereka akan memperoleh daging yang baik penuh gemuk, atau dua daging bagus antara dua tulang rusuk, tentulah dia akan menghadiri solat Isyak berjemaah." |