Hadis Sahih Bukhari No. 0362 Jilid 1 Topik adalah Solat 362, Berita dari Abu Hurairah r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. telah datang, solat telah diqamatkan, dan saf telah diluruskan. Nabi saw. telah berdiri di tempat beliau solat dan kami menanti-nanti beliau takbir. Tiba-tiba beliau pergi sambil berkata, "Tetaplah di tempatmu masing-masing! " Kami tetap berdiri di tempat kami seperti semula, sehingga beliau datang kembali. Ketika beliau datang, air di kepala beliau masih menitik-nitik, kerana ternyata beliau baru selesai mandi." |