Hadis Sahih Muslim No. 0361 Jilid 1 Topik adalah Solat 361. Dari Abu Mas'ud Al Anshari r.a., katanya: "Ketika kami sedang berada di dalam majlis Sa'ad bin 'Ubbadah, tiba-tiba Nabi saw. datang. Basyir bin Sa'ad bertanya kepada beliau, "Allah Ta'ala memerintahkan kami supaya berselawat kepada Anda. Bagaimana caranya kami berselawat itu, ya Rasulullah?" , Kata Abu Mas'ud, "Rasulullah saw. diam saja tidak segera menjawab. Sehingga kami mengira, mungkin beliau tidak menyukai pertanyaan kami itu." Kemudian beliau bersabda, "Ucapkanlah: 'Allahumma shalli 'ala Muhammad, wa 'ala aali Muhammad. Kama shallaita 'ala aali Ibrahim. Wa baarik 'ala Muhammad, wa 'ala aali Muhammad. Kama barakta 'ala aali Ibrahim. Fil 'alamina innaka hamidun majid.' (Wahai Allah! Limpahkanlah rahmatMu kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau melimpahkannya kepada keluarga Ibrahim. Dan limpahkanlah berkatMu kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau melimpahkannya kepada keluarga Ibrahim. Di alam semesta ini sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Agung). Kemudian memberi salam, dan caranya ialah sebagaimana anda semua telah mengetahui." |