Hadis Sahih Muslim No. 0358 Jilid 1 Topik adalah Solat 358. Dari 'Abdullah u., katanya: "Kami pernah membaca ketika solat di belakang Nabi saw., 'Assalamu 'alallahi, assalamu 'ala fulanin' (Keselamatan bagi Allah dan keselamatan bagi si Fulan)." Maka pada suatu hari Rasulullah saw. bersabda kepada kami, "Allah itu sendiri bernama 'As Salam'. Kerana itu apabila kamu duduk (tasyahhud) dalam solat, maka bacalah : 'Attahiyyatu lillahi, wash shalawatu wath thayyibatu. Assalamu 'alaika ayyuhan nabiyyu wa iahmatullahi wa barakatuhu. Assalamu 'alaina wa 'ala 'ibadillahish shalihin. Ucapan ini meliputi bagi semua orang soleh, baik di langit maupun di bumi. 'Asyhadu alla ilaaha illallah. Wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa Rasuluhu'. (Segala kehormatan hanya untuk Allah semata-mata, begitu pula segala doa dan ucapan-ucapan yang baik. Keselamatan untukmu, wahai Nabi, beserta rahmat Allah dan berkat daripadaNya. Keselamatan bagi kami dan bagi semua orang yang soleh. Aku mengaku tidak ada Tuhan selain Allah. Dan aku mengaku bahawa Muhammad itu hambaNya dan RasulNya.) Sesudah itu kamu boleh menyambungnya dengan doa yang kamu sukai." |