Hadis Sahih Muslim No. 0357 Jilid 1 Topik adalah Solat 357. Dari Wa-il bin Hujr r.a., katanya dia melihat Nabi saw. mengangkat kedua tangan pada permulaan solat setentang dengan kedua telinganya sambil membaca takbir. Kemudian dilipatkannya bajunya lalu diletakkannya tangan kanan di atas yang kiri. Ketika beliau hendak rukuk, dikeluarkannya kedua tangannya dari lipatan bajunya, kemudian diangkatnya sambil membaca takbir, lalu beliau rukuk. Ketika beliau membaca 'sami'allahu liman hamidah', diangkatnya pula kedua tangannya. Ketika sujud, beliau sujud antara kedua tapak tangannya. |