Hadis Sahih Bukhari No. 0354 Jilid 1 Topik adalah Solat 354, Berita dari Malik bin Huwairits r.a. mengatakan: "Aku datang kepada Nabi saw. bersama-sama dengan kaum ku, dan kami tinggal bersama Nabi selama 20 hari. Beliau sangat penyayang dan belas kasihan kepada kami. Maka ketika beliau melihat kami telah sangat rindu kepada keluarga kami, beliau berkata, "Pulanglah, anda semua! Tinggallah bersama keluarga anda. Ajarkanlah agama kepada mereka dan solatlah. Jika telah tiba waktu solat, maka azanlah lebih dahulu salah seorang di antara kamu, kemudian jadikanlah yang tertua di antara kamu menjadi imam." |