Hadis Sahih Muslim No. 0350 Jilid 1 Topik adalah Solat 350. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Tidak sempurna solat, melainkan dengan membaca bacaan (ayat)." Kata Abu Hurairah, "Kerana itu, apa yang dibacanya nyaring, kami baca pula nyaring kepada mu. Dan apa yang dibacanya perlahan, kami baca pula perlahan kepada mu." |