Hadis Sahih Bukhari No. 0349 Jilid 1 Topik adalah Solat 349, Dari Salim bin Abdullah r.a., dari bapanya, mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Bilal azan di tengah malam maka makan dan minumlah (sahur) kamu sampai Ibnu Ummi Maktum azan. Dia buta, dan dia tidak akan azan kalau tidak dikatakan kepadanya bahawa Subuh telah tiba." |