Hadis Sahih Bukhari No. 0348 Jilid 1 Topik adalah Solat 348, Berita dari Jabir bin Abdullah r.a. , mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang mendoa sesudah mendengar azan: "Allaahumma rabba hadzihid da'watit taammati wash shalaatil qaaimati, aati muhammadal wasiilati wal fadhiilati, wab'atshu maqaaamam mahmudal ladzi wa'adtahu." "Wahai Allah, Tuhan dari panggilan yang sempurna ini dan dari solat yang berdiri kekal, berilah kiranya kepada Muhammad kedudukan dan kemuliaan yang tinggi, bangkitkanlah dia di hari kiamat di tempat yang mulia yang telah Engkau janjikan", nescaya akan turun kepada orang itu pertolongan di hari kiamat nanti. |