Hadis Sahih Muslim No. 0345 Jilid 1 Topik adalah Solat 345. Dari Abu Bakar bin 'Abdur Rahman r.a., katanya dia mendengar Abu Hurairah berkata: "Apabila Rasulullah saw. solat, mula-mula beliau takbir. Ketika hendak rukuk, beliau takbir pula. Ketika bangkit dari rukuk, beliau membaca 'Sami'allahu liman hamidah '. Ketika telah sempurna berdiri dari rukuk, beliau membaca 'Rabbana wa lakal hamd'. Ketika menunduk hendak sujud, beliau takbir pula. Ketika mengangkat kepala dari sujud, takbir pula. Ketika hendak sujud lagi, takbir lagi. Ketika mengangkat kepala hendak berdiri untuk rakaat kedua begitu pula sesudah tasyahhud pertama, membaca takbir pula. Demikianlah seterusnya pada setiap rakaat hingga selesai. Akhirnya Abu Hurairah berkata, "Begitulah cara Rasulullah saw. solat." |