Hadis Sahih Bukhari No. 0345 Jilid 1 Topik adalah Solat 345. Abu Sa'id Al Khudri r.a. berkata kepada Abdullah bin Abdurrahman,"Ku lihat anda menyukai kambing dan dusun kecilmu. kerana itu, apabila anda sedang berada dekat kambing-kambingmu atau di dusunmu, dan anda hendak azan solat, maka keraskanlah suara azan mu itu, kerana barangsiapa yang mendengar suara azan, baik jin atau manusia dan lain-lainnya, semuanya akan menjadi saksi di hari kiamat nanti. Begitulah ku dengar dari Rasulullah saw." |