Hadis Sahih Muslim No. 0344 Jilid 1 Topik adalah Solat 344. Dari Malik bin Huwairits r.a., katanya: "Bila Rasulullah saw. takbir (untuk solat), beliau mengangkat kedua tangannya hingga setentang dengan kedua telinganya. Dan bila beliau hendak rukuk, diangkatnya pula kedua tangannya setentang dengan kedua telinganya. Dan bila beliau mengangkat kepala dari rukuk, beliau membaca 'Sami'allahu liman hamidah', sambil mengangkat tangan seperti itu pula." |