Hadis Sahih Bukhari No. 0344 Jilid 1 Topik adalah Solat 344, Berita dari Abu Hurairah r.a., mengatakan, bahawa :Rasulullah saw. bersabda: " Apabila diserukan azan untuk solat, maka larilah segala syaitan terbirit-birit dengan kentutnya hingga tak terdengar lagi olehnya azan. Setelah selesai azan, dia datang pula kembali. Kemudian, apabila orang qamat, dia lari pula, dan setelah qamat selesai, dia datang kembali hendak menggoda hati setiap orang. Katanya, "Ingatlah ini dan itu." Iaitu hal-hal yang belum pernah diingat orang itu, sehingga dia lupa, telah berapa rakaat dia solat? |