Hadis Sahih Muslim No. 0341 Jilid 1 Topik adalah Solat 341. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Apabila muadzin menyerukan azan, maka syaitan lari terkentut-kentut, sehingga tidak kedengaran lagi olehnya suara azan itu. Apabila azan telah selesai, dia datang pula kembali. Apabila orang qamat, dia pergi pula. Bila qamat telah selesai, dia datang pula mengganggu orang (solat), katanya: "Ingatlah ini dan itu'. Yaitu soal-soal yang tidak perlu diingat, sehingga orang itu lupa telah berapa rakaat dia solat." |