Hadis Sahih Bukhari No. 0341 Jilid 1 Topik adalah Solat 341, Ibnu Umar r.a. mengatakan, bahawa ketika kaum Muslimin baru datang ke Madinah dan mereka sedang berkumpul, waktu solat tiba. Tetapi tidak ada panggilan (pemberitahuan) untuk solat. kerana itu, maka pada suatu hari mereka rundingkan hal itu bersama-sama. Kata setengah mereka, "Buatlah loceng seperti loceng kaum Nasrani." Kata yang lain, Buatlah trompet seperti trompetnya orang Yahudi." Kata Umar (bin Khathab), "Mengapa tidak disuruh saja seseorang laki-laki memanggil solat." Kata Nabi saw., "Hai, Bilal! Berdirilah! Panggil orang banyak solat!" |