Hadis Sahih Muslim No. 0340 Jilid 1 Topik adalah Solat 340. Dari Suhail r.a., katanya: "Bapa ku menyuruh ku pergi ke kampung Bani Haritsah. Aku membawa seorang pelayan untuk menemani ku dalam perjalanan itu. Di tengah perjalanan, tiba-tiba dia mendengar suara orang memanggil namanya dari balik dinding; Kata suara itu, "Bahagialah orang yang beserta ku di balik dinding." Tetapi ternyata si pelayan tidak melihat apa-apa. Lalu peristiwa itu ku ceritakan kepada bapa ku. Kata bapa ku, "Kalaulah aku tahu engkau akan mengalami peristiwa itu, aku tidak akan menyuruhmu. Tetapi apabila lain kali engkau mendengar suara seperti itu, maka azanlah! Kerana aku mendengar Abu Hurairah menyampaikan hadis Rasulullah saw., sabdanya: "Sesungguhnya, apabila syaitan mendengar azan, dia lari sampai terkentut-kentut." |