Hadis Sahih Bukhari No. 0340 Jilid 1 Topik adalah Solat 340, Kata Anas r.a.: "Pada suatu malam kami menanti-nanti Nabi saw. untuk solat Isyak. Tengah malam barulah beliau datang lalu beliau solat bersama-sama dengan kami. Selesai solat, beliau bersabda, katanya: "Ketahuilah! Orang banyak telah solat dan mereka telah tidur. Tetapi kamu semua sentiasa seperti solat selama kamu dalam menanti-nanti waktu untuk solat." |