Hadis Sahih Muslim No. 0339 Jilid 1 Topik adalah Solat 339. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya, syaitan apabila mendengar azan, dia lari terkentut-kentut, hingga tidak terdengar lagi olehnya. Tetapi apabila azan telah selesai dia kembali lagi untuk mengganggu. Kemudian, apabila dia mendengar qamat, dia pergi pula sehingga tidak terdengar lagi olehnya. Apabila qamat telah selesai pula, dia kembali lagi dan mengganggu pula." |