Hadis Sahih Bukhari No. 0338 Jilid 1 Topik adalah Solat 338, Berita dari Jabir bin Abdullah r.a. mengatakan bahawa Umar bin Khathab datang kepada Nabi saw. di hari peperangan Khandak sesudah matahari terbenam lalu dia memaki-maki orang-orang Quraisy. Katanya: "Hampir aku luput mengerjakan solat Asar, sehingga matahari hampir terbenam." Jawab Nabi saw., "Demi Allah! Aku pun belum solat Asar." Maka kami pergi ke tanah lapang. ( Nabi saw. mengambil wuduk dan kami berwuduk pula. Sesudah itu Nabi saw. solat Asar. Sesudah matahari terbenam, kemudian beliau solat Maghrib." |