Hadis Sahih Muslim No. 0334 Jilid 1 Topik adalah Solat 334. Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash r.a., katanya dia Mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Apabila kamu mendengar muadzin menyerukan azan, maka ucapkan pulalah apa yang dibaca muadzin itu. Kemudian bacalah selawat untuk ku, kerana sesungguhnya orang yang berselawat bagi ku, Allah memberi berkat kepadanya sepuluh kali. Sesudah itu mohonkanlah bagi ku kepada Allah 'Alwasilah', iaitu suatu tempat di syurga yang hanya patut ditempati oleh seorang hamba Allah. Aku berharap, akulah yang akan menempatinya. Maka siapa yang memintakan 'Alwasilah' itu untukku, dia akan beroleh syafa'at (pembelaan) dariku." |