Hadis Sahih Bukhari No. 0334 Jilid 1 Topik adalah Solat 334, 'Aisyah r.a. berkata: "Demi Allah! Nabi tidak pernah meninggalkan keduanya (dua rakaat sesudah 'Asar) hingga beliau menemui Allah dan beliau belum menemui Allah sehingga telah susah benar bagi beliau melakukan solat. Dan beliau sering melakukannya sambil duduk, yakni dua rakaat sesudah Asar. Dan biasanya beliau melakukan keduanya di rumah, tidak melakukannya di masjid, kerana takut akan memberatkan bagi ummatnya, dan beliau menyukai kemudahan bagi mereka." |